Apabila kita menziarahi orang yg sedang Nazak ia tidak sama dengan keadaannya dgn menghadapi orang sakit kerana orang yg sedang Nazak itu ia berada diambang kematian, MAKA perkara yg sabit dari Hadis Nabi s.a.w yg soheh diriwayat oleh Imam Muslim ialah mentalqinkannya dengan ucapan "Laa Ilaaha Illallah". Maka tiada ada Bacaan Yassin atau apa2 bacaan Quran yg dicontohkan atau dianjurkan oleh Nabi s.a.w utk dibaca kepada orang yg sedang nazak MELAINKAN hanya mengajarkan simati itu dgn ucapan tauhid tersebut.
Apabila seseorang itu telah sampai ajalnya maka perintah dari Nabi s.a.w adalah utk segerakah menguburkan jenazah spt yg disebut di dalam hadis Imam Bukhori. Kebiasakan kita menunggu waris, ada yg biarkan mayat hingga 2 3 hari, perkara ini dilarang. Di dalam hadis yg sama kata Nabi s.a.w lagi dengan menyegerakan menguburkan mayat itu, jika mayat itu baik maka kamu telah menyampaikan kepada kebaikannya dan jika ia tidak baik bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu." Ketahuilah bahawa tidak ada saranan/contoh/perintah daripada Nabi mahupun para sahabat r.a utk membaca Yasin/Al-Fatihah kepada mayat samada ia belom dikebumikan atau telah dikebumikan, namun terdapat beberapa hadis yg martabatnya tidak sahih, dhoif dan palsu tentang hal demikian.
Adalah menjadi perkara bid'ah yg mungkar apabila jenazah dibawa keluar untuk dikebumikan lalu dibacakan Al-Fatihah 3 kali dgn 3 langkah sebelum diusung, perkara ini tidak pernah dilakukan oleh nabi s.a.w para sahabat dan tidak pernah disebutpun oleh kesemua imam2 mazhab. Kata Nabi s.a.w
MENGUCAPKAN SALAM KEPADA AHLI KUBUR
Sunnah mengucapkam salam ketika masuk ke kawasan kuburan . Salam yg Nabi ajarkan spt berikut
“AS SALAAMU ‘ALAIKUM AHLAD DIYAARI MINAL MUKMINIIN WAL MUSLIMIIN WA INNAA INSYAA`ALLAHU BIKUM LAAHIQUUN ASALULLAHA LANAA WALAKUMUL ‘AAFIYAH"
(Semoga keselamatan tercurah bagi penghuni (kubur) dari kalangan orang-orang mukmin dan muslim dan kami insya Allah akan menyulul kalian semua. Saya memohon kepada Allah bagi kami dan bagi kalian keselamatan.” (HR. Muslim)
Apabila sampai kekuburan sunnah membuka kasut kerana Nabi s.a.w menanggalkan kasut ketika masuk ke tanah perkuburan [HR an-Nasa’i, Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah], Di dalam Hadis yg lain ketika sahabat menemani Nabi s.a.w melalui perkuburan kaum Muslimin, baginda terlihat seorang lelaki berjalan di antara kubur dengan memakai terompah, maka baginda pun bersabda,
WANITA DI KUBURAN
Permasalahan larangan wanita ke kuburan adalah khilaf dikalangan fuqaha namun kesimpulan yg telah dibahas oleh para ulamak adalah Agama tidak melarang wanita untuk ziarah kubur dan tidak ada larangan pula bagi wanita haid untuk menziarah kuburan kerana ziarah kubur tidak sama dengan ibadah seperti soalat, puasa, tawaf. NAMUN TIDAK DIGALAKKAN WANITA untuk menziarah kubur dan menjadi larangan wanita yang KERAP menziarah kubur melalui hadis Imam At Tirmidzi .
Wanita bersolek dan memperhiasakan diri haram mendatangi kuburan.
Haram duduk diatas kuburan, kata Nabi s.a.w
Haram membina binaan, renovation pada kuburan, Hadis Oleh Imam Muslim.
Haram menulis2 kuburan(mengapur/cat) meskinpun ayat Quran, Hadis Oleh Imam Muslim.-Mencerca/memburuk2kan simati (Hadis Bukhori)
Berdoa:Dari Aisyah radhillahu ‘anha, bahwa Nabi shallallahu’alaihi wa sallam biasa keluar menuju (pekuburan) Baqi’, lalu beliau mendoakan kebaikan untuk mereka.
1) Tabur Bunga
2) Menyiram Air
3) Menjadikan 1 syawal sebagai waktu untuk ziarah
4) Memacak payung atau pokok.
Tidak ada hak seseorang itu untuk mencampurkan adat didalam urusan agama.
AMALAN YANG HIDUP UNTUK MENOLONG SIMATI
Tidak ada apa2 amalan yg mampu untuk orang yang hidup menolong simati melainkan hanya DOA anak yang soleh. Bukan dari ajaran agama untuk mensedekah bacaan Al-Quran atau tahlil ke pada simati kerana Nabi s.a.w telah menghadkan 3 perkara menerusi Hadis Riwayat Imam Muslim. Jadi manfaat untuk amalan simati yang mampu menolongnya hingga ke alam kubur adalah doa anaknya yg soleh, ilmu yg ia pernah ajarkan dan dimanfaatkan serta sedekahnya yang masih dimanfaatkan.
MENDATANGI MAJLIS KENDURI ARWAH & TAHLIL
Rujukan Kitab Al-Um(Halaman 248), Imam Syafie dan para ulama muktabar yang bermazhab Syafie telah mengharamkan berkumpul beramai-ramai dan menyediakan hidangan makanan di rumah si Mati untuk tujuan kenduri arwah, tahlilan, yasinan dan menghadiahkan (mengirim) pahala bacaan al-Quran kepada arwah si Mati Mereka berdalilkan al-Quran, hadis dan athar-athar para sahabat yang sahih sebagaimana yang dikemukakan oleh mereka melalui tulisan-tulisan di kitab-kitab mereka. Mereka tidak mungkin mengharamkan atau menghalalkan sesuatu mengikut akal fikiran, pendapat atau hawa nafsu mereka semata, pastinya cara mereka mengharamkan semua itu dengan berdalilkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar dari para ulama yang bermanhaj Salaf as-Soleh.
Kata Nabi s.a.w
Hadis ini banyak conflict dikalangan fuqaha tentang perawinya kerana terlalu banyak kesinambungan nasabnya, namun Al-Albani memberati akan kebenarannya dan mengatakan ia boleh jadi Hassan ATAU SOHEH.
source : fb.com